I shall be achieving this on April 2011:

Sunday 28 December 2008

Unbelievable! - Hanya 14.5% ibu di Malaysia menyusu bayi

Hanya 14.5% ibu di Malaysia menyusu bayi - Taken from Harian Metro online - Saturday - 27122008

KUALA LUMPUR: Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah apabila kajian menunjukkan 14.5 peratus saja yang memberikan susu badan kepada anak sehingga berusia enam bulan.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta ibu kembali bekerja sebaik tamat tempoh cuti bersalin antara penyebab utamanya.

Iklan juga memainkan peranan apabila menggambarkan seolah-olah makanan bayi komersial yang ada sama baik dengan penyusuan badan.

Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian berkaitan merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuatkuasa Ogos lalu menggantikan kod etika pertama yang diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak lagi berkesan.

Kod etika berkenaan memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang dilihat mengatasi kemampuan susu badan.Ia juga bertujuan memastikan penggunaan formula bayi wajar sebagai produk dan makanan tambahan.

Tujuan utama kod itu bagi mengingatkan pekilang dan pengedar supaya tidak memasar, mempromosi atau mengiklankan produk susu formula mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu badan.

Penyelidikan menunjukkan susu badan yang terbaik untuk bayi kerana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit dan membantu menjalin hubungan rapat antara ibu dan anak.

Mengenai kod itu yang dikaji semula, seorang jururawat kesihatan kanak-kanak, Tan Bee Lan berkata, ia langkah yang baik kerana syarikat menggunakan ibu yang mengandung, pekerja kesihatan, doktor, malah kanak-kanak sekolah untuk mempromosikan produk mereka.

“Kini diharap dengan kod yang lebih terkini dan berkesan ini, ibu tidak terpengaruh untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka,” katanya.

Tan yang bertugas selama 30 tahun berkata, susu badan secara idealnya perlu menjadi satu-satunya sumber makanan untuk bayi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. - Bernama

My Comments:

- This is ridiculous! People should know how good breastfeeding are, and nothing like formula milk could ever replace it.

- Adakah susu formula blh membantu dari segi immunisation? I think, God's creation is the best, and nothing like human's creation could ever replace it! Totally against these statements! I think, if ever the health institution wants to make comments on this, they should compare their research with others like in the US or UK, which is better in terms of health care.

- Kaum ibu harus di tingkat kan kesedaran mereka, harus lebih di dedahkan pada pentingnya susu badan, seperti mana kaum ibu di negara2 lain yg lebih maju. Kajian telah banyak di jalankan, dan sudah terbukti, bahawa susu badan banyak membawa kebaikan, bukan saja dari segi imunisasi, tetapi juga dari segi merapatkan kasih sayang, mewujudkan jalinan mesra di antara ibu dan anak.

- Many things, can come up from this. Like the government can re-look at what they are currently implementing. Yang lebih penting dan utama adalah mewujudkan institusi kekeluargaan sebelum melihat kepada kejayaan sesebuah negara... jika institusi keluarga hancur, maka, timbul lah gejala2 sosial. Jika semua kaum ibu lebih pentingkan kerjaya, maka anak2 akan ramai yg terbiar?!?! I don't know.. but this may relate to many things, negative things in the future...

- Kalau boleh, cuba lihat negara2 yg sudah stabil seperti England, di mana, mereka amat mementingkan breastfeeding... sehingga kempen2 adalah lebih kepada menggalakkan susu badan, dan ada bnyk support group untuk membantu kaum ibu. Even the midwives, health visitor juga banyak memberi nasihat tentang betapa pentingnya susu badan.

- Banyak perkara yg nak saya share.. tapi, amat terhad masa untuk menulis.

But please people.. for the sake of anak2.. breastfeeding is the best!

No comments: